Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemuda Pas Pahang serah memorandum isu air

A
A
A

BERITA SEMASA 9 MEI 2023

Pemuda Pas Negeri Pahang menyerahkan memorandum berhubung isu air yang berlaku di negeri Pahang kepada ADUN Perikatan Nasional untuk dibawa pada Sidang DUN Ke-15 yang berlangsung pada Isnin hingga Jumaat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'Min Nik Min.

Memorandum tersebut diserahkan Ketua Pemuda Pas Pahang Mohd Zuraimi Abu Zih kepada ADUN Cheka yang juga Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Wisma Sri Pahang pada Selasa.

Masalah itu akan dibawa untuk perhatian kerajaan negeri berdasarkan masalah-masalah yang disenaraikan termasuk loji-loji rawatan air lama yang perlu dinaik taraf, isu gangguan bekalan air, kes-kes paip pecah dan sebagainya.

Artikel: https://bit.ly/3NUu1Rp

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian