Wan Azizah terkejut, sedih tanah runtuh di Tanjung Bungah

Pasukan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tembok penahan tanah, runtuh di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, malam tadi. - Foto Bernama
Pasukan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tembok penahan tanah, runtuh di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan kejadian tanah runtuh di Jalan Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Selasa.

Dr Wan Azizah menerusi laman Facebook dan Twitter hari ini berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa kejadian itu.

“Saya doakan kekuatan buat keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat mayat warga Myanmar berjaya ditemukan

Kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah pusat peranginan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang dilapor pada pukul 9.45 malam Selasa itu mengorbankan empat rakyat Myanmar.

Kesemua lelaki Myanmar itu dilapor digaji pemilik pusat peranginan berkenaan untuk membaiki tembok penahan di kawasan itu susulan pergerakan tanah sejak seminggu lepas.

Kesemua mereka tertimbus dalam runtuhan tanah itu dan operasi mencari dan menyelamat berakhir pada pukul 4.35 pagi ini selepas mayat terakhir dibawa keluar dari runtuhan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: