Uniknya tulisan Georgia!

Tulisan Georgia sebahagian besarnya adalah sepadan dengan abjad Greek, dengan pengecualian huruf-huruf yang menandakan bunyi Georgia yang unik.
Tulisan Georgia sebahagian besarnya adalah sepadan dengan abjad Greek, dengan pengecualian huruf-huruf yang menandakan bunyi Georgia yang unik.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keunikan tulisan Georgia mampu menarik perhatian lebih banyak perhatian dalam kalangan ahli linguistik dan penggemar tempatan untuk mempelajari lebih lanjut mengenai satu daripada tulisan asli paling terkenal di seluruh dunia ketika ini.

Duta Georgia ke Malaysia, Nikoloz Apkhazav berkata, tulisan itu kurang dikenali di luar negara terutama dalam kalangan rakyat Malaysia, namun pendedahannya menerusi satu pameran anjuran kedutaan tersebut di sini berpotensi mencetuskan minat yang tinggi dan menyebarkan berita mengenai bahasa Georgia.

"Tulisan ini amat unik dan berbeza daripada semua abjad yang wujud di dunia. Ia adalah satu tulisan yang amat kuno.

"Saya yakin ramai yang tidak tahu tentang tulisan ini, apatah lagi kewujudannya. Memandang ia adalah berbaloi untuk dikongsi, maka setiap orang harus tahu tentang bahasa yang masih bernafas ini, yang memiliki ciri-ciri menarik yang berbeza dalam bahasa Georgia, dan bagi ahli linguistik yang suka belajar mengenai bahasa, tulisan ini tidak terkecuali."

Apkhazav berkata demikian kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama di luar pameran foto tulisan Georgia yang diadakan di sini baru-baru ini.

Memandangkan ini adalah kali pertama pameran foto tulisan Georgia diadakan di negara ini, beliau melahirkan harapan agar lebih banyak kaitan boleh diwujudkan bagi terus meningkatkan hubungan yang dikongsi antara Georgia dan Malaysia.

Tulisan Georgia sebahagian besarnya adalah sepadan dengan abjad Greek, dengan pengecualian huruf-huruf yang menandakan bunyi Georgia yang unik.
Tulisan Georgia sebahagian besarnya adalah sepadan dengan abjad Greek, dengan pengecualian huruf-huruf yang menandakan bunyi Georgia yang unik.

"Amat penting bagi kedutaan untuk menyebarkan ilmu mengenai budaya Georgia kerana ini merupakan sebahagian daripada diplomasi budaya.

Artikel Berkaitan:

"Sejak saya tiba di sini, saya boleh nampak kepentingan melakukan perkara ini selain mengaktifkan hubungan kita lebih banyak dalam bidang ini dan antara kedua-dua rantau -- Eropah dan Asia Tenggara, dengan Malaysia khususnya. Dalam masa terdekat, kami berharap untuk memperlihat sedikit kemajuan terutama dalam usaha menarik minat dan perhatian generasi muda Malaysia terhadap budaya kami,” kata beliau.

Tulisan Georgia -- Asomtavruli, Nuskhuri dan Mkhedruli -- telah melewati tiga peringkat perkembangan, bermula dari abad ke-5 sehingga hari ini, yang menyaksikan ketiga-tiganya adalah unicameral, huruf-hurufnya berkongsi nama yang sama dan dalam urutan abjad serta ditulis secara mendatar dari kiri ke kanan.

Meskipun punca asal yang tepat tidak pernah dikenal pasti, tulisan Georgia sebahagian besarnya adalah sepadan dengan abjad Greek, dengan pengecualian huruf-huruf yang menandakan bunyi Georgia yang unik.

Ia turut diberikan status warisan budaya tidak ketara di Georgia pada 2015 dan dimasukkan ke Senarai Wakil UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada 2016.

Malaysia dan Georgia mewujudkan hubungan diplomatik pada 1993, yang menyaksikan Georgia memiliki kedutaan di Kuala Lumpur manakala Malaysia diwakili di Georgia menerusi kedutaannya di Kiev, Ukraine. - Bernama