Ahmad Zahid didakwa esok

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (26 Jun) dan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Jun, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia telah mendapat izin mendakwa, daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Ahmad Zahid.

SPRM berkata, Ahmad Zahid bakal menghadapi beberapa pertuduhan di kedua-dua mahkamah tersebut mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan.

Menurut SPRM, Ahmad Zahid ditahan kira-kira 10 pagi semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM. - Bernama

Artikel Berkaitan: