Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil susulan operasi BNM

A
A

KADAR jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM32.33 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.03 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengeluarkan tender pasaran wang Lelongan Julat Tempoh Matang bernilai RM8 bilion untuk dua hari hingga 62 hari, satu Program Komoditi Murabahah RM500 juta bagi 30 hari serta Bil-bil Antara Bank Bank Negara bernilai RM500 juta untuk 91 hari.

Ia juga akan mengeluarkan empat tender Qard bernilai RM1 bilion setiap satu bagi tujuh hari, 14 hari, 21 hari dan 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional sehingga RM24.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM11.6 bilion. -Bernama