Ammar Hot fm tiba-tiba pengsan

Pelawak, penyampai radio, Ammar
Pelawak, penyampai radio, Ammar
A
A
A

PELAWAK, pengacara dan bekas penyampai radio Hot fm, Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan, 30, difahamkan tiba-tiba pengsan pada petang Isnin di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi, Ammar, menjelaskan keadaannya pada ketika itu dirasakan tidak bermaya dan terlalu letih.

Bagaimanapun, Ammar kini sudah kembali sihat sepenuhnya selepas dikejarkan ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

“Ceritanya... saya rasa tiba-tiba tak sihat dan tak sedap badan, kemudian pengsan.

“Mungkin kerana saya terlalu penat berhari raya dari rumah terbuka ke satu rumah lain hampir seharian.

“Malah selepas waktu bekerja pun saya terus sambung. Mungkin itu lah sebabnya kenapa saya tak sihat.

“Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan di hospital berhampiran, doktor memberitahu saya cuma dehydrated dan dinasihatkan banyakan minum air masak.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Alhamdulillah sekarang ini saya sudah kembali sihat,” ujarnya.

Terdahulu, Ammar dilihat dipapah oleh Issey dan rakan pelawak ke ruang sidang media Muzikal Lawak Superstar di Hard Rock Kafe.

Mengenai program komedi terbaharu Astro itu, Ammar bersama Issey dan Ain Edruce merupakan antara 14 peserta yang bertanding bermula 28 Jun 2019.

Berkongsi mengenai penglibatannya itu, Ammar harap agar diterima baik oleh orang ramai.

“Ini kali pertama masuk pertandingan komedi di Astro, jadi harapan saya dan selaku wakil kumpulan berharap agar kami ini diterima oleh semua orang.

“Dalam pada itu, kami berharap dapat belajar bersama rakan-rakan otai dalam lapangan komedi ini,” katanya.

Bercakap tentang pemilihan Ain Edruce, Ammar berkata, dia dan Issey membuat pilihan tepat memilih Ain sebagai rakan kumpulan, Titans.

“Ain dengan saya dan Issey masing-masing pernah bekerjasama, malah dalam program JKK TV3 pun pernah.

“Selain itu, Ain juga mempunyai kekuata dalam bidang muzik yang tak ramai tahu, selain pandai berlakon dan mengacara,” jelas Ammar.

Bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap hari Jumaat jam 9 malam, muzikal tersebut dihoskan oleh pelakon hebat Nabila Huda dan pengacara terkenal Nabil Ahmad.