Anwar dedah punca Izzah letak jawatan

KUALA LUMPUR - Muak dan letih dengan perangai individu yang sibuk dengan politik kepartian antara sebab Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan Naib Presiden PKR.
Perkara itu didedahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa kepada Nurul Izzah.
Katanya, walaupun ramai yang menganggap keputusan itu terburu-buru dan gelojoh, namum ia konsisten dengan watak Nurul Izzah yang berani menyatakan pendapat dan prinsip.
"Saya telah berbincang bersama Nurul Izzah panjang lebar tentang niat beliau melepaskan semua jawatan. Bukanlah hak saya untuk memperincikan butiran perbincangan, tetapi yang jelas adalah 'kerancakan perkembangan politik tanpa henti sejak sembilan bulan lalu' membuatkan beliau mual dan lelah dengan perangai dan telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat.