Sikap pengotor punca sampah tidak terurus

Sebelum dan selepas kerja pembersihan.
Sebelum dan selepas kerja pembersihan.
A
A
A

SELAYANG - Sikap tidak bertanggungjawab peniaga punca masalah limpahan sampah haram meskipun kontraktor pembersihan sudah menyediakan dua tong ro-ro untuk kegunaan peniaga di Pasar Pagi Selayang Baru di sini.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang, Mohamad Zin Masoad berkata, peniaga yang tidak membuang sampah dengan cara betul menyebabkan berlakunya masalah itu.

"Kontraktor dilantik menjalankan kerja pembersihan seperti biasa. Sikap peniaga dan masyarakat yang membuang sampah di tepi dan luar tong sampah itu menjadikan tapak tersebut tercemar dan tidak terkawal," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, MPS akan mengunci palang di kawasan berkenaan sebagai menyelesaikan aduan selain tindakan pembersihan di lokasi bagi membolehkan kontraktor dapat menjalankan kerja pembersihan seperti biasa.

"Tiada lori luar dibenarkan membuang sampah di kawasan itu apabila pintu palang dikunci selepas tamatnya operasi pasar. Semua perlu bersikap bertanggungjawab menjaga kebersihan demi kesejahteraan semua," katanya.

Terdahulu, penduduk membuat aduan berhubung isu sampah itu menerusi laman sosial Facebook Penduduk Batu Caves/ Selayang/ Gombak 21 Jun 2019 lalu.

Artikel Berkaitan: