4 termasuk seorang wanita didakwa edar dadah

Keempat-empat tertuduh keluar dari mahkamah selepas didakwa mengedar dadah di sebuah rumah di Kampung Padang Bongor pada 9 Jun lalu.
Keempat-empat tertuduh keluar dari mahkamah selepas didakwa mengedar dadah di sebuah rumah di Kampung Padang Bongor pada 9 Jun lalu.
A
A
A

KOTA BHARU – Empat termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mengedar 459 gram (g) berat kasar dadah jenis heroin pada dua minggu lalu.

Mohd Nazri Ahmad, 32; Muhammad Ariff Mahd Zaki, 25, Muhamad Fitri Abd Halim, 28 dan Noorquistina Mohd Noor, 36, didakwa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli namun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama mengedar dadah jenis heroin dengan anggaran berat kasar berjumlah 459g di sebuah rumah di Kampung Padang Bongor di sini kira-kira jam 9.30 malam 9 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan hendaklah disebat minimum 15 kali sebatan jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Gayathri Sambath manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan kes disebut semula 21 Ogos ini untuk laporan kimia dan kesemua tertuduh tidak dibenarkan dijamin.

Artikel Berkaitan: