Emak, anak parah dikelar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GEORGETOWN - Cemburu dikatakan menjadi punca pergaduhan antara pasangan kekasih sehingga menyebabkan seorang wanita dan anaknya parah dikelar di bahagian leher di sebuah rumah di Bandar Baru, Air Itam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi, mangsa,Oung Lay Eng, 55, yang baru pulang ke rumah bertengkar dengan teman lelakinya yang berusia 61 selepas wanita itu dituduh mempunyai teman lelaki lain.

Anak lelaki mangsa,Chung Chang Qin, 21, cuba masuk campur dengan mempertahankan ibunya sebelum berlaku pergelutan antara mereka sehinggakan kedua-dua beranak itu cedera di bahagian leher manakala suspek turut cedera di bahagian kepala, muka dan perut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada adik mangsa selepas dia mendapati kakak dan anak saudaranya terbaring akibat kecederaan yang dialami.

"Pasukan perubatan bergegas ke tempat kejadian dan membawa kedua-dua mangsa dan suspek ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

"Hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa tinggal bersama di rumah berkenaan. Dia dikatakan menunggu mangsa pulang ke rumah sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan antara mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi polis menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar mangsa dan merampas tiga buah telefon bimbit pelbagai jenama di rumah berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kita sudah menahan suspek kira-kira jam 8.45 pagi tadi ketika dia sedang mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.