Hadi desak polis cari pengedar video intim

Abdul Hadi – FOTO SINAR HARIAN
Abdul Hadi – FOTO SINAR HARIAN
A
A
A

KUANTAN - Pas mendesak siasatan dilakukan bagi mencari dalang yang mengedar video intim mirip menteri Kabinet yang tular baru-baru ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan supaya polis mencari pengedar video intim tersebut, bukannya pelakon video berkenaan.

“Saya cadang polis cari siapa pengedar (video intim), bukan pelakon. Pelakon, orang mati pun boleh jadi pelakon tapi penerbit yang penting.

“Pas boleh tolong, dalam tempoh seminggu kita boleh selesai,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Sebelum ini, polis menyiasat seorang menteri dan Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz berhubung video intim yang didakwa melibatkan mereka.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi bersetuju dengan desakan Pemuda Pas yang menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Menteri Pakatan Harapan (PH) dan sesiapa sahaja yang pernah memfitnah Pas menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Serah kepada Pemuda Pas buat kenyataan, saya setuju,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: