Bekas Presiden Argentina didakwa di mahkamah

Cristina Kirchner
Cristina Kirchner
A
A
A

BUENOS AIRES - ARGENTINA. Bekas Presiden Argentina, Cristina Kirchner yang dituduh menerima rasuah berpuluh juta dolar semasa perkhidmatannya, akan dibicarakan di mahkamah.

Perkara itu disahkan oleh mahkamah persekutuan negara itu pada Khamis.

Mahkamah menerima permohonan Hakim Claudio Bonadio supaya Kirchner, yang kini Senator, ditahan sebelum dibicarakan tetapi itu tidak akan berlaku kerana beliau mempunyai separuh imuniti dari Parlimen. Imuniti itu membolehkan beliau terlepas dari ditahan.

Pada Ogos, Senat mengundi untuk melucut separuh imuniti Kirchner, untuk membolehkan penyiasat menggeledah tiga buah rumah mewahnya.

Beliau hanya boleh ditahan jika imunitinya dilucutkan sepenuhnya.

Mahkamah juga merampas asetnya bernilai 1.5 billion peso (AS$38 juta).

Kirchner, 65, dan mendiang suaminya, Nestor yang juga bekas presiden Argentina, disyaki menerima rasuah bernilai jutaan dolar daripada ahli perniagaan sebagi habuan bagi pemberian kontrak berskala besar.

Pembayaran didokumenkan oleh pemandu kementerian, Oscar Centeno dalam buku nota yang dirampas oleh penyiasat.

Artikel Berkaitan:

Nestor Kirchner yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2010, berkhidmat sebagai presiden pada 2003 hingga 2007.

Isterinya kemudian menjadi presiden sehingga 2015. - AFP