Setiausaha politik Azmin beri keterangan di Bukit Aman

Himan - FOTO ARKIB
Himan - FOTO ARKIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham hari ini memberi keterangan berhubung kes video intim yang didakwa mengaitkan menteri berkenaan.

Muhammad Hilman tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 10.05 pagi diringi peguamnya, Muhammad Hafiz Hood, dan keluar selepas hampir tiga jam memberi keterangan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu ketika ditemui pemberita berkata selain dirinya, seorang anggota polis pengiring Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, turut dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung video intim itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya yakin kerja orang dalam'

"Polis minta saya buat pengesahan mengenai beberapa perkara tetapi tidak boleh dinyatakan perkara itu. Ini keterangan tambahan dan kali ketiga saya dipanggil untuk memberi keterangan selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bagi membantu siasatan.

"Saya sentiasa bersedia dan terbuka untuk beri kerjasama kepada polis," katanya yang dirakam keterangan oleh dua pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Pada 13 Jun lalu, Muhammad Hilman membuat laporan polis berhubung kes video itu sebelum membuat aduan qazaf bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap penyebaran video berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: