X

Kindly register in order to view this article
!

Sembilan penerima bantuan keluarga asnaf

Ahmad Hambali (tengah) berbual dengan salah seorang usahawan LZNK di Menara Zakat, di sini, baru-baru ini.
A
A

ALOR SETAR - Seramai sembilan penerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Kedah didapati berjaya keluar dari golongan asnaf.

Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat berkata, seramai sembilan penerima keluar asnaf sehingga Mei lepas.

Menurut Ahmad Hambali, pihaknya mendapati mereka keluar dari kelompok asnaf hasil keberkesanan LZNK melalui Bahagian Pembangunan Asnaf.

"Alhamdulillah, usaha Bahagian Pembangunan Asnaf dalam membangunkan golongan asnaf di negeri ini mula memberikan impak positif.

"Kini, kita dapati ramai usahawan yang merupakan penerima bantuan jayadiri LZNK dapat mengeluarkan zakat perniagaan mereka," katanya kepada Sinar Harian di Menara Zakat baru-baru ini.

Ahmad Hambli berkata, pihaknya tidak pernah lepas tangan dalam memantau perkembangan usahawan LZNK yang menjadi penerima bantuan jayadiri itu.

"Untuk itu, kami mengambil inisiatif mewujudkan kumpulan WhatsApp 'Produk Asnaf Zakat Kedah' demi memantau perkembangan mereka,” katanya.

Katanya, pihaknya turut menggunakan kumpulan WhatsApp itu untuk menjemput usahawan ini menyertai karnival, program dan majis diadakan demi membolehkan mereka menjual produk.

Malah, katanya, LZNK turut menyediakan kursus kepada penerima, seperti Perekodan Kewangan demi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, LZNK menyediakan skim bantuan jayadiri kepada asnaf di Kedah ini.

Beliau berkata, skim berkenaan disediakan mengikut syarat yang telah ditetapkan dan berharap bantuan ini mampu mengurangkan bilangan penerima bantuan LZNK.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!