Irfan cari ibu kandung

Ibu kandung Muhammad Irfan diminta hadir ke Pejabat JKM Mersing untuk membantu urusan dokumentasi.
Ibu kandung Muhammad Irfan diminta hadir ke Pejabat JKM Mersing untuk membantu urusan dokumentasi.
A
A
A

MERSING - Seorang lelaki di Endau di sini mengesan ibu kandung anak angkatnya yang telah dijaga sejak sembilan tahun lalu bagi membantu urusan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Asmi Din, 46, berkata, anak angkatnya yang kini bersekolah di darjah tiga, Muhammad Irfan Abdul Rahman, 9, sudah dianggap seperti anak sendiri selepas menjaganya sejak usia seminggu lagi.

Menurutnya, Muhammad Irfan diserahkan ibu kandungnya merupakan penduduk tempatan secara rela sebelum terputus hubungan empat bulan kemudian.

"Ketika itu Muhammad Irfan berusia satu minggu ketika diserahkan kepada kami. Pada awalnya memang kami berhubung untuk proses dokumentasi anak.

"Namun ibu kandungnya terus menghilangkan jejak. Pernah kami menunggu ibunya yang berjanji untuk berjumpa di Kuala Lumpur namun hampa. Selama tiga hari kami menanti ibunya tidak muncul," katanya, semalam.

Muhammad Irfan (tengah) bersama ibu dan bapa angkatnya.
Muhammad Irfan (tengah) bersama ibu dan bapa angkatnya.

Tambahnya, apa yang merunsingkan adalah proses untuk membuat kad pengenalan Muhammad Irfan ketika usia 12 tahun nanti yang memerlukan kehadiran ibu kandungnya.

Katanya, Muhammad Irfan sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri lebih-lebih lagi dia dan isteri belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Artikel Berkaitan:

"Kami amat berharap ibu kandung Muhammad Irfan dapat tampil di Pejabat JKM Mersing untuk membantu proses dokumentasi. Ia demi untuk kebaikan masa depan Muhammad Irfan juga.

"Kami sayang Muhammad Irfan seperti darah daging kami sendiri dan mahukan yang terbaik untuk dirinya seperti mana kanak-kanak lain," katanya.