Nik Muhammad Zawawi nekad sambung legasi pemimpin terdahulu

Dr Nik Muhammad Zawawi menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti tahun ini. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Dr Nik Muhammad Zawawi menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti tahun ini. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KUANTAN - Ketua Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh akan menyambung legasi kepimpinan terdahulu yang diterajui Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Menurutnya, beliau bersama kepimpinan baharu akan memantapkan lagi sayap kanan Pas pada masa akan datang terutama ketika negara dilanda pelbagai konflik politik.

“Saya akan sambung kerja-kerja terdahulu dan saya mengucapkan terima kasih kepada bekas Ketua Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang memberi laluan kepada saya,” katanya ketika ditemui di Wisma Belia Indera Mahkota semalam.

Terdahulu, diumumkan Dr Nik Muhammad Zawawi dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama baharu bagi sesi 2019-2021 menggantikan Datuk Dr Mahfodz Mohamad. Nik Muhammad Zawawi yang merupakan Timbalan Ketua Ulama pada penggal lalu memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

ARTIKEL BERKAITAN: Nik Muhammad Zawawi peneraju baharu Dewan Ulamak Pas

Dua jawatan tertinggi lain disandang, Datuk Dr Johari Mat (timbalan) manakala naib ketua pula Khirul Muntanazar Ismail.

Sementara itu, bagi jawatan pengerusi tetap pula disandang Hamdan Mohamad dan timbalannya, Omar Hashim.

Keputusan pemilihan bagi sesi 2019-2021 itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat pada Muktamar Dewan Ulamak ke-58, semalam.

Artikel Berkaitan:

Berikut ialah senarai penuh kepimpinan Dewan Ulamak Pas Pusat sesi 2019-2021:

AJK Kerja:

1. Zulkifli Ismail

2. Dr. Azhar Yaacob

3. Md Nor Hamzah

4. Mohd Asri Daud

5. Zulqarnain Hassan

6. Prof. Badruzzaman Yusof

7. Ismi Md Taib

8. Najhan Halim

9. Nushi Mahfodz

10. Nazri Chik

11. Ahmad Yahaya

12. Mokhtar Senik