Nik Muhammad Zawawi peneraju baharu Dewan Ulamak Pas

Nik Muhammad Zawawi
Nik Muhammad Zawawi
A
A
A

KUANTAN - Dewan Ulamak Pas diterajui pemimpin baharu apabila Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti tahun ini.

Nik Muhammad Zawawi menggantikan Datuk Dr. Mahfodz Mohamed yang tidak mempertahankan jawatannya.

Dua jawatan tertinggi lain disandang, Datuk Dr. Johari Mat (timbalan) manakala Naib Ketua pula Khirul Muntanazar Ismail.

Sementara itu bagi jawatan Pengerusi Tetap pula disandang Hamdan Mohamad dan Timbalannya, Omar Hashim.

Keputusan pemilihan bagi sesi 2019-2021 itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat pada Muktamar Dewan Ulamak ke-58, hari ini.

Berikut ialah senarai penuh kepimpinan Dewan Ulamak Pas Pusat sesi 2019-2021:

AJK Kerja:

1. Zulkifli Ismail

Artikel Berkaitan:

2. Dr. Azhar Yaacob

3. Md Nor Hamzah

4. Mohd Asri Daud

5. Zulqarnain Hassan

6. Prof. Badruzzaman Yusof

7. Ismi Md Taib

8. Najhan Halim

9. Nushi Mahfodz

10. Nazri Chik

11. Ahmad Yahaya

12. Mokhtar Senik