Bomba selamatkan 4 remaja terperangkap arus deras

Pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian itu di Air Terjun Serendah petang tadi.
Pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian itu di Air Terjun Serendah petang tadi.
A
A
A

HULU SELANGOR - Empat orang remaja berdepan detik cemas apabila terperangkap di Air Terjun Serendah berikutan arus deras dalam kejadian yang berlaku pada petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.09 petang dan pasukan penyelamat tiba di lokasi sekitar jam 5.58 petang.

Beliau berkata, sejurus tiba pihaknya mendapati dua remaja lelaki dan perempuan berusia lingkungan 18 tahun terperangkap di lereng bukit berikutan air yang terlalu deras.

Mangsa berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pasukan penyelamat.
Mangsa berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pasukan penyelamat.

"Hasil tindakan pantas, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu tugas menyelamat.

Tambahnya, mangsa terlibat turut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: