Referendum bukan SOP kerajaan

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak tidak pernah menjadikan referendum sebagai satu prosedur operasi standard (SOP) dalam menentukan pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sekiranya mahu dijadikan SOP, ia perlu dibincangkan secara teliti melibatkan pelbagai pihak.

"Kita tidak menetapkan SOP seperti itu, tetapi saya yakin ia satu cara untuk berhubung dengan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai referendum dilaksanakan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee yang juga Exco Kerajaan Negeri pada 22 dan 23 Jun ini bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji bernilai RM8 juta.

Langkah itu dibuat selepas lima rundingan yang dibuat bersama peniaga menemui jalan buntu.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, pihaknya belum menerima maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau berhak meneruskan referendum berkenaan.

"Mungkin itu cara dia kerana sepanjang mengenalinya, beliau memang seorang wakil rakyat yang sering mencari jalan untuk terus berhubungan dengan rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: