Suspek tikam warga asing depan surau ditahan

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memegang senjata tajam bagi menikam mangsa berkenaan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memegang senjata tajam bagi menikam mangsa berkenaan.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan membabitkan kejadian pembunuhan seorang warga asing di parkir Blok 2 Desa Mentari di sini.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian D9 Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sebuah kedai makanan di Rawang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata suspek ditahan merupakan seorang warga tempatan.

"Suspek ditahan berusia lingkungan 50-an, hasil soal siasat dijalankan mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian.

"Siasatan yang dijalankan juga mendapati kejadian berpunca disebabkan mangsa tidak mahu membayar upah ubah suai rumah," katanya.

Terdahulu, 19 Jun lalu, seorang lelaki warga Indonesia maut ditikam di hadapan sebuah surau berhampiran kawasan Blok 2, Desa Mentari hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 11.12 pagi tadi menerusi maklumat yang disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) C4i Petaling Jaya.

Pihaknya dimaklumkan bahawa kenderaan unit kereta peronda (MPV) telah ditahan oleh seorang warga tempatan sewaktu kejadian itu bagi memaklumkan mengenai mangsa terbabit yang ditikam dengan menggunakan senjata tajam.

Artikel Berkaitan:

"Menerusi siasatan awal, mangsa terbabit yang dikenali sebagai Idris telah ditikam di hadapan sebuah surau berhampiran Blok 2 Desa Mentari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut ditikam depan surau