Lelaki maut ditikam depan surau

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memegang senjata tajam bagi menikam mangsa berkenaan
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memegang senjata tajam bagi menikam mangsa berkenaan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Indonesia maut ditikam di hadapan sebuah surau berhampiran kawasan Blok 2, Desa Mentari hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 11.12 pagi tadi menerusi maklumat yang disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) C4i Petaling Jaya.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa kenderaan unit kereta peronda (MPV) telah ditahan oleh seorang warga tempatan sewaktu kejadian itu bagi memaklumkan mengenai mangsa terbabit yang ditikam dengan menggunakan senjata tajam.

"Menerusi siasatan awal, mangsa terbabit yang dikenali sebagai Idris telah ditikam di hadapan sebuah surau berhampiran Blok 2 Desa Mentari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa juga disahkan maut oleh Pegawai Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kesan tikaman tersebut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: