PKR beri Haziq 14 hari jawab surat tunjuk sebab

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Lembaga Disiplin PKR akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz esok dan dia diberikan masa 14 hari untuk menjawabnya.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, surat tersebut dikeluarkan kerana Haziq Abdullah telah mencemar nama parti dengan mengeluarkan kenyataan umum yang jatuhkan maruah parti.

Menurutnya, Lembaga Disiplin PKR telah membangkitkan empat perkara kepada Biro Politik parti dan penyerahan surat tunjuk sebab kepada lelaki tersebut adalah salah satu daripadanya.

“Kedua, Lembaga Disiplin ambil maklum penafian Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan meneliti sebarang penjelasan sekiranya ada.

“Kami juga sedang menunggu siasatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa yang lain berkaitan kes tersebut.

“Lembaga Disiplin juga memberi amaran keras kepada semua anggota parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas berhubung isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sin selepas selesai Mesyuarat Biro Politik PKR petang tadi.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: