Kubur rosak angkara lori simen terbalik

Lori simen yang terbalik di Tanah Perkuburan Felda Tenggaroh 2 sehingga menyebabkan lapan kubur rosak
Lori simen yang terbalik di Tanah Perkuburan Felda Tenggaroh 2 sehingga menyebabkan lapan kubur rosak
A
A
A

MERSING - Kira-kira lapan buah kubur di Felda Tenggaroh 2 di sini mengalami kerosakan selepas sebuah lori simen terbalik di kawasan perkuburan itu, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 1.15 petang daripada penduduk.

"Penduduk melaporkan terdapat sebuah lori membawa buatan simen yang telah dibancuh semasa dalam kerja-kerja menaik taraf jalan Tanah Perkuburan Felda Tenggaroh 2 telah terbalik di kawasan tanah perkuburan tersebut.

"Siasatan awal pihak polis mendapati semasa kerja menaik taraf jalan tanah perkuburan dilakukan lori berkenaan telah berhenti dan pemandu telah keluar daripada lori tersebut kerana masalah brek sebelum kenderaan tersebut menggelongsor dan terbalik.

"Akibat dari kejadian itu lapan buah kubur telah mengalami kerosakan di permukaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keadaan kubur Tanah Perkuburan Felda Tenggaroh 2 yang mengalami kerosakan selepas lori simen terbalik.
Keadaan kubur Tanah Perkuburan Felda Tenggaroh 2 yang mengalami kerosakan selepas lori simen terbalik.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan yang dialami dan siasatan juga mendapati kejadian juga bukanlah merupakan kes khianat.

Jelasnya, pihak polis dalam tindakan untuk menyiasat lanjut kejadian ini di mana kes disiasat di bawah Rule 14 LN 166/59.

Artikel Berkaitan: