DAP bukan nak keluar PH

Mahfuz
Mahfuz
A
A
A

SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya memberi keyakinan yang pimpinan DAP dan PH keseluruhan berusaha untuk mencapai objektif Malaysia Baharu, kata Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, oleh itu tiada istilah bahawa DAP mahu keluar daripada PH sepertimana yang digembur-gemburkan.

"Itu yang cuba Kit Siang lontarkan, di mana timbulnya isu konon DAP lembik dan sebagainya jadi tempoh untuk capai Malaysia Baharu itu panjanglah , tidak semestinya objektif itu hanya dapat disempurnakan dalam tempoh 100 hari dan dalam beberapa tahun.

"Tetapi sudah tentu dalam satu penggal pentadbiran ini PH berusaha hendak mencapai sesuatu yang baik daripada objektif yang digariskan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang mengenai parti itu tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan sekiranya objektif mencapai Malaysia baharu diabaikan PH.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata semua orang perlu faham bahawa objektif gagasan Malaysia Baharu mungkin mengambil masa untuk dicapai rentetan daripada peninggalan 'masalah' kerajaan dahulu terhadap kerajaan PH.

"Kita berhadapan masalah yang besar apabila kita mengambil alih kerajaan, dengan masalah kewangan dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan: