X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lelaki dicari bantu kes pecah kenderaan

Ab Rashid menunjukkan gambar dua lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kejadian kes pecah cermin kereta di hadapan Masjid Khairiah Mukim Chabang Empat.
A
A

TUMPAT - Polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian pecah cermin kereta di hadapan Masjid Khairiah Mukim Chabang Empat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, lelaki terbabit dikenali Mohd Nasir Salleh berusia 43 tahun.

Katanya, lelaki kedua yang dicari ialah Saidi Mat Yusoff berusia 35 tahun.

"Pihak polis mengesan mereka untuk membantu siasatan kes pecah cermin kereta Exora bewarna merah yang berlaku pada 7 Jun lalu di Masjid Khairiah Mukim Chabang Empat.

"Kejadian itu menyebabkan pasangan suami isteri kerugian RM21,000 apabila beg tangan berisi barang kemas dan wang tunai yang diletakkan dibawah kerusi penumpang hadapan lesap," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat ditalian 09-7257222.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf