'Jangan pindahkan orang asli suku Bateq tanpa rela'

Orang asli suku Bateq di Kuala Koh bergantung sepenuhnya kepada sumber alam.Gambar kecil:Nasir Dolah
Orang asli suku Bateq di Kuala Koh bergantung sepenuhnya kepada sumber alam.Gambar kecil:Nasir Dolah
A
A
A

GUA MUSANG - Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia Cawangan Gua Musang tidak bersetuju suku Bateq Kampung Kuala Koh dipindahkan.

Aktivis orang asli, Nasir Dolah berpendapat, untuk memindahkan suku kaum Bateq ke penempatan baharu bukan cara untuk mengatasi masalah ini.

Katanya, pandangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) tidak realistik dan agensi berkenaan perlu membuat tindakan lebih baik dari itu.

"Apa yang Jakoa perlu bincangkan melalui kerajaan Pusat adalah menaik taraf kemudahan asas seperti elektrik, sumber air bersih dan ekonomi mereka.

"Cadangan Jakoa juga tidak pernah merujuk dengan komuniti atau NGO orang asli. Saya fikir ini adalah satu diskriminasi hak dan telah melanggari prinsip Izin Makluman Awal Bebas dan Telus (IMABT).

"Saya juga tidak menolak kemungkinan penempatan mereka berpotensi untuk dimajukan untuk projek kerajaan," dakwanya.

Tambah Nasir, Jakoa perlu menghormati keputusan penduduk dan dia yakin penduduk tidak bersetuju dengan pandangan atau cadangan Jakoa sekiranya mereka dipindahkan.

"Ini adalah tempat asal mereka dan mereka lebih selesa di sini. Tidakkah lebih elok Jakoa dan kerajaan tingkatkan tahap ekonomi dan pemantauan kesihatan yang lebih kerap di kawasan berisiko seperti di Kuala Koh?

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa itu lebih baik dari memindahkan mereka tanpa rela," katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri difahamkan Jakoa sedang merancang untuk memindahkan masyarakat orang asli berkenaan keluar dari kampung terbabit selepas 112 dari suku berkenaan dilaporkan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.