Maritim tahan 33 nelayan Vietnam

Ismail (kiri) memeriksa nelayan Vietnam yang ditahan pasukan APMM hari ini.
Ismail (kiri) memeriksa nelayan Vietnam yang ditahan pasukan APMM hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seramai 33 nelayan dalam tiga bot Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menerusi Op Naga hari ini.

Pemangku Pengarah Maritim Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, bot-bot berkenaan ditahan dari jam 7.30 hingga 10.30 pagi di kawasan sekitar 81 hingga 98 batu nautika dari Muara Tok Bali.

"Ketika aset Maritim, KM Jujur mendekati nelayan asing itu mereka cuba lolos tetapi akhirnya berjaya ditahan. Kita menahan awak-awak dan tekong berusia 13 hingga 45 tahun termasuk tiga daripada mereka di bawah umur.

"Kes pencerobohan nelayan asing ini akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985," katanya pada sidang media di Jeti Operasi Maritim di Tok Bali hari ini.

Menurutnya, nilai rampasan merangkumi bot, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

"Kita percaya terdapat bot besar yang memunggah hasil tangkapan dari bot-bot ini untuk dibawa ke Vietnam, cara ini memolehkan bot-bot kecil berada di laut untuk tempoh lama.

"Penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan 263 bot nelayan asing yang ditahan sejak awal penubuhan Maritm," katanya.

Tambah beliau, masyarakat setempat khususnya komuniti nelayan yang terlihat sebarang bentuk perlanggaran undang-undang di laut boleh melaporkannya kepada Maritim menerusi talian MERC 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan 09-7780070.

Artikel Berkaitan: