Hujan dan Diana dalam drama ‘Elly & Epit’ kini pasangan suami isteri

Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana selamat bergelar suami isteri. - FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM
Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana selamat bergelar suami isteri. - FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM
A
A
A

BAGI mereka yang biasa melihat rancangan kanak-kanak di siaran astro Ceria, pasti pernah menonton drama komedi bersiri ‘Elly & Epit’ yang mula ditayangkan sekitar 2011 hingga 2013.

Selain daripada pelakon utamanya Sweet Qismina dan Afiq, ada lagi dua watak yang menyerikan drama tersebut iaitu Hujan dan Diana lakonan yang dilakonkan oleh Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah.

Kini mereka meningkat dewasa dan siapa sangka hanya bermula daripada perkenalan menerusi drama tersebut mereka akhirnya berjodohan dan selamat bergelar sebagai suami isteri selepas dinikahkan di Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih semalam.

FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM
FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM

Gembira dengan penyatuan dua jiwa itu, kedua-dua ibu pengantin berkongsi berita mereka di laman sosial media masing-masing.

Ibu Dayana, dikenali Aida Daud ternyata gembira dengan pernikahan anak sulungnya itu.

FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM
FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM

"Tak dapat gambarkan perasaan macam mana hanyalah mampu bersyukur pada ALLAH S.W.T di atas limpah kurnianya. Tak adalah teman nak gaduh, nak gila-gila, nak masak sesama, nak cuti sesama. Dialah teman rapat selain anak kesayangan saya. Hari ini telah selamat bergelar Isteri kepada Ustaz Hadi Mazlan," tulisnya di laman IG miliknya.

Artikel Berkaitan:

Malah dia juga turut berterima kasih dan bersyukur dapat besan yang baik.

"Tak sedar cepat masa berlalu, kalau lah arwah (bapa Dayana) ada dialah orang yang paling bangga dan gembira tengok bersatunya anak kesayangan. Semoga apa yang mendatang di tempuh walau besar mana rintangan. Tahniah anak mama," tulisnya.

Semasa berlakon dalam ‘Elly & Epit’ - FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM
Semasa berlakon dalam ‘Elly & Epit’ - FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM



FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM
FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM

Menurut ibu Hadi pula, dikenali sebagai Anggraini Agam di Facebook, perkenalan anaknya dengan Dayana mulai rapat sejak mereka sama-sama berlakon dalam drama ‘Elly & Epit’ sebagai pelakon kanak-kanak.

Justeru, dengan ikatan ini wanita itu berharap masjid yang dibina anaknya akan kekal, dan segala urusan dalam rumah tangga mereka sentiasa dipermudahkan.

FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM
FOTO INSTAGRAM AIDA DAUD dan FACEBOOK ANGGRAINI AGAM

"Ini bukan berlakon. Ini betul-betul. Hadi Mazlan dan Dayana sudahpun menjadi suami Isteri. Alhamdulillah. Semoga bahagia hingga ke Jannah, Amin," tulisnya.