Surau SK Pontian Besar perlukan dana RM60,000

Surau SK Pontian Besar masih memerlukan peruntukkan RM60,000 bagi menyiapkan kemudahan laluan susur gajah dan menyelesaikan bayaran kepada kontraktor.
Surau SK Pontian Besar masih memerlukan peruntukkan RM60,000 bagi menyiapkan kemudahan laluan susur gajah dan menyelesaikan bayaran kepada kontraktor.
A
A
A

PONTIAN - Surau Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian Besar di sini memerlukan peruntukan sebanyak RM60,000 bagi membina laluan susur gajah dan menyelesaikan baki bayaran kepada pihak kontraktor.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Zaiton A Hamid berkata, bangunan surau berkenaan siap pada Mac lepas setelah kerja- kerja pembinaan dimulakan pada awal tahun ini. Walau bagaimanapun masih terdapat kemudahan yang belum disediakan termasuk laluan susur gajah bagi membolehkan murid ke surau dengan lebih selamat tanpa perlu bimbang hujan atau panas. Katanya, surau berkenaan cukup penting kepada 348 murid di SK Pontian Besar kerana surau yang ada sebelum menumpang di bilik darjah dengan keadaannya yang tidak selesa. “Melalui media sosial, PIBG hebahkan maklumat tentang pembinaan surau yang memerlukan sumbangan orang ramai.

“Syukur menerusi hebahan yang dibuat itu, sebanyak RM190,000 berjaya dikutip.

“Ada yang tampil berikan sumbangan langsir selepas membaca kisah pembinaan surau SK Pontian Besar dalam akhbar Sinar Harian pada April lepas,”katanya.

Menurut Zaiton, pembinaan susur gajah dan pemasangan penghawa dingin amat diharapkan oleh warga sekolah yang terdiri daripada murid luar bandar.

“Perkembangan pembinaan surau sentiasa diwar-warkan menerusi media sosial bagi rujukan agar tidak timbul syak was sangka tentang sumbangan yang diberikan orang ramai,”katanya. Tambahnya lagi, tidak mudah untuknya memulakan langkah mendapatkan sumbangan orang ramai bagi membina surau berkenaan.

Katanya, pelbagai proses perlu dilalui sebelum pihaknya diberikan kebenaran membuat kutipan bagi pembinaan surau sehingga hampir membuatkan dia putus semangat.

“Urusan memohon kebenaran perlu dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Johor dan Pejabat Pendidikan Negeri.

Artikel Berkaitan:

“Saya menangis bila ramai yang hubungi saya hendak menderma selepas mengetahui tentang pembinaan surau SK Pontian Besar melalui media sosial,” katanya.

Jelasnya, wajah ceria murid kerana dapat menggunakan surau baharu walaupun masih belum lengkap sepenuhnya sudah cukup memberikan kepuasan pada PIBG dan warga sekolah.

“Kita harap sebelum hujung tahun ini, sumber kewangan bagi membina susur gajah dengan beberapa kemudahan lain seperti penghawa dingin mencukupi.

“Selain sumbangan daripada orang ramai, kita harap bantuan dari Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan,” katanya.