10 ditahan gaduh di pusat hiburan

Tangkap layar dari video pergaduhan di sebuah pusat hiburan Jalan Klang Lama, Brickfields yang tular di media sosial
Tangkap layar dari video pergaduhan di sebuah pusat hiburan Jalan Klang Lama, Brickfields yang tular di media sosial
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 10 lelaki selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, kumpulan lelaki berusia 13 sehingga 37 tahun itu dikatakan datang ke pusat hiburan berkenaan sebelum memukul seorang pengunjung.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa berusia 34 tahun datang ke pusat hiburan tersebut untuk berhibur.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dikatakan telah terlanggar bahu seorang pelanggan yang juga rakan-rakan suspek sebelum berlakunya perselisihan faham.

“Mangsa kemudiannya dipukul lelaki terbabit sehingga di luar pusat hiburan selain turut dibelasah oleh kesemua suspek yang ditahan.

“Sehubungan itu, kesemua suspek kita tahan dan permohonan reman akan dilakukan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 13 saat yang memaparkan insiden pergaduhan berkenaan.

Artikel Berkaitan: