Kemalangan: Joey BPR patah 4 tulang rusuk

Joey
Joey
A
A
A

VOKALIS kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Joey terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis di Lebuh raya Lingkaran Tengah II (MRR2) dan dikejarkan ke Hospital Ampang.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman facebook miliknya hari ini, Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 56, memaklumkan dia mengalami kecederaan serius apabila empat tulang rusuknya patah.

“Aku baru accident, depan Shell MRR2. Moto patah depan. Kini dalam kesakitan. Seandainya aku mati dulu, ampunkanlah segala dosa aku,” tulisnya.

6
6

Tambah Joey lagi, kecederaan yang dialami sama seperti Allahyarham Saleem Iklim yang juga mengalami patah tulang rusuk dalam kemalangan motor pada September tahun lalu.

“Xtray tunjuk empat batang tulang rusuk aku patah. Sama macam arwah Saleem. Sakit ya amat bila batuk, bersin, menguap atau ketawa.

“Seksanya aku hanya Tuhan yang tahu. Bukankah lebih mudah kalau Tuhan cabut sahaja nyawaku,” luahnya.

Dalam kemas kini terbarunya, Joey mohon diberikan ruang untuk berehat dan menolak untuk menerima lawatan daripada sesiapa buat masa ini.

Artikel Berkaitan:

“Harap maaf. Ramai yang nak datang melawat, tapi aku dalam keadaan tak selesa. Bagilah aku sedikit ruang. Tidur pun tak cukup ni, menahan sakit,” luahnya.