8 ditahan ketika 'lalok' di rumah terbengkalai

Lapan penagih dadah yang ditahan sedang khayal di sebuah rumah terbengkalai di Bumbong Lima, Kepala Batas.
Lapan penagih dadah yang ditahan sedang khayal di sebuah rumah terbengkalai di Bumbong Lima, Kepala Batas.
A
A
A

KEPALA BATAS - Lapan lelaki yang menjadikan sebuah rumah terbengkalai sebagai port menghisap dadah di Bumbong Lima di sini ditahan penguat kuasa hari ini.

Perbuatan mereka yang berusia 17 hingga 40 tahun itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Agensi Anti Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menyerbu rumah terbabit kiar-kira jam 1.30 pagi.

Penolong Pengarah (Kanan) Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Pulau Pinang, Ibrahim Muhamad Said berkata, serbuan oleh 10 anggota AADK itu dilakukan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti.

“Ketika serbuan, semua suspek termasuk yang bekerja sebagai buruh, peniaga dan penganggur didapati sedang khayal dan tidak sempat melarikan diri.

“Pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemui bungkusan plastik lut sinar mengandungi dadah dipercayai heroin seberat 36.66 gram,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, pelbagai peralatan menghisap dadah, alat penimbang, pemetik api dan gunting turut dirampas dalam serbuan itu.

Antara dadah dan alat penimbang yang dirampas di sebuah rumah terbengkalai di Bumbong Lima, Kepala Batas.
Antara dadah dan alat penimbang yang dirampas di sebuah rumah terbengkalai di Bumbong Lima, Kepala Batas.

Sementara itu, Ibrahim berkata, dalam serbuan berasingan di sebuah bangsal di kawasan Tasek Gelugor, pihaknya menahan empat lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan yang dilakukan turut menemui plastik lut sinar mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 5.26 gram dan 14 biji eramin 5," katanya.

Dalam operasi sama, pihaknya turut menahan dua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 21 tahun yang diserahkan oleh ahli keluarga kepada AADK selepas didapati masih terlibat dengan penyalahgunaan dadah walaupun pernah ditangkap dan dihukum sebelum ini.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap kesemua mereka yang berusia di antara 17 hingga 40 tahun itu mendapati positif dadah.

"Seramai 12 suspek yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi akan direman di bawah Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan," katanya.