Polis cari gadis hilang

Balqis Ellianna dilaporkan hilang sejak 30 Mei lalu.
Balqis Ellianna dilaporkan hilang sejak 30 Mei lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kehilangan seorang gadis, Balqis Ellianna Abdullah, 19, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, gadis berkenaan beralamat di Flat Kenyalang, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana, Taman Perling, di sini.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohammad Fuad Ibrahim di talian 010-7117826.

"Selain itu, boleh juga salurkan maklumat ke Balai Polis Taman Perling di talian 07-2414322 / 07-2368122 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau sistem pesanan ringkas (SMS) Rakan Cop (POLISJOHOR 32728) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Beliau berkata, kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan polis amat diperlukan.

Artikel Berkaitan: