Universiti UCSI bakal buka kampus baharu di Tronoh 2022

Pusat Khidmat Adun Tronoh menganjurkan program Wawasan Tronoh Maju yang memfokuskan kecemerlangan pendidikan di Dun Tronoh.
Pusat Khidmat Adun Tronoh menganjurkan program Wawasan Tronoh Maju yang memfokuskan kecemerlangan pendidikan di Dun Tronoh.
A
A
A

BATU GAJAH - Universiti UCSI bakal membuka kampus baharunya di Tronoh di sini, termasuk pembinaan kolej dan sekolah antarabangsa yang dijangka siap menjelang 2022.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata, perjanjian persetujuan telah ditandatangani bulan lalu dan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan sekurang-kurangnya pada penghujung tahun ini.

“Universiti UCSI tersenarai dalam kedudukan 500 universiti terbaik dunia mengikut QS World University Rankings.

“Kita telah mengenal pasti tanah seluas 24.28 hektar namun, kita menghadapi beberapa isu berkaitan status tanah tersebut. Tetapi, apabila semuanya selesai, kita akan adakan majlis pecah tanah,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat ADUN Tronoh di sini hari ini.

Menurutnya, projek pembinaan kawasan universiti itu akan mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan.

Choo Kiong (dua dari kiri) mengumumkan Universiti UCSI akan membuka kampus baharunya di Tronoh dalam tempoh tiga tahun lagi.
Choo Kiong (dua dari kiri) mengumumkan Universiti UCSI akan membuka kampus baharunya di Tronoh dalam tempoh tiga tahun lagi.

Terdahulu, Choo Kiong mengumumkan pihaknya akan menganjurkan tuisyen percuma kepada 200 pelajar tingkatan 4 dan 5 di DUN Tronoh.

“Program Wawasan Tronoh Maju 'Pendidikan Cemerlang, Tronoh Gemilang' ini bagi membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel Berkaitan:

"Mata pelajaran yang akan diajar adalah Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Ia meliputi Sekolah Menengan Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Kwan, Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Sultan Yusuff, SMK Tronoh, SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, SMK Pusing dan SMK St. Bernadette's Convent,” katanya.

Katanya, program pembelajaran e-learning menerusi peraketuition.my turut diadakan bagi membolehkan guru dan pelajar melayari laman web yang mengandungi 100 subjek yang disediakan mengikut silibus Kementerian Pelajaran.