Dominic Silva dilantik Timbalan CEO MIDF Amanah

Dominic Silva - Foto The Star
Dominic Silva - Foto The Star
A
A
A

KUALA LUMPUR – Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) melantik Datuk Dominic Silva sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bhd berkuatkuasa 7 Januari, 2019.

Menurut MIDF, Silva merupakan tokoh korporat terkenal dan pernah berkhidmat di sektor perbankan, kewangan dan pelaburan selain pengurusan strategik.

“Saya berkesempatan bekerja dengan Datuk Dominic selama ini sebagai pelanggan saya, pemegang saham dan rakan sekerja. Saya gembira beliau menyertai kumpulan MIDF.

“Beliau membawa bersama pengalaman luas dan pengalaman beberapa dekad di barisan hadapan kepada francais perbankan pelaburan kami dan saya yakin beliau akan membawa kita ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami mengalu-alukan kedatangan beliau dan idea baharu yang akan dibawanya,”kata Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Charon Mokhzani dalam kenyataan hari ini.

Silva sebelum ini merupakan Pengarah DMY Capital. Beliau meninggalkan Khazanah Nasional Bhd pada 2017 sebagai Ketua Dana Pelaburan dan Pengarah Eksekutif selama sembilan tahun.

Beliau turut berpengalaman selama 10 tahun di ABN Amro Bank dan memegang pelbagai jawatan di Kuala Lumpur, Singapura, Amsterdam dan Hong Kong dengan jawatan terakhir beliau sebagai Ketua Komersial di Asia. - Bernama

Artikel Berkaitan: