Pegawai Kanan PBB kutuk serangan di Mali

No Image Caption
A
A
A

NEW YORK - Tiga pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengutuk serangan yang berlaku di sebuah kampung di Mali, yang meragut puluhan nyawa orang awam, lapor agensi berita Xinhua.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan tiga Penasihat Khas PBB iaitu Adama Dieng, Karen Smith dan Virginia Gamba.

Insiden pada Isnin itu tercetus apabila lelaki bersenjata menyerang desa etnik Dogon di rantau Mopti, membunuh puluhan orang termasuk wanita dan kanak-kanak.

Wilayah Mopti sering dicengkam kejadian keganasan termasuk serangan di desa Koulougon yang membunuh 39 orang awam Januari lalu.

Pada Mac pula, 157 terkorban dalam insiden serangan di desa Ogossagou.

Ketiga-tiga pegawai terbabit menggesa kerajaan Mali menjalankan siasatan yang telus untuk memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan. - Bernama

Artikel Berkaitan: