Bagaikan VIP dirai FGV, Mingguan Wanita

Wakil Mingguan Wanita dan FGV bersama sebahagian daripada anak yatim dan asnaf yang diraikan.
Wakil Mingguan Wanita dan FGV bersama sebahagian daripada anak yatim dan asnaf yang diraikan.
A
A
A

SHAH ALAM - Portal majalah Mingguan Wanita di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) membawa keceriaan kepada anak-anak yatim dan asnaf dengan meraikan golongan berkenaan dalam Program Sempurnakan Raya pada 10 Mei lalu.

Dijayakan bersama FGV Integrated Farming Holding Sdn Bhd, program itu diadakan bersama Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi yang terletak di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Pengurus Besar Nu Ideaktiv, Ani Nadila Yusof berkata, program seumpama itu kali ketiga diadakan oleh Mingguan Wanita bersama badan kerajaan dan syarikat swasta.

“Menariknya dalam program ini, ia bukan saja sambutan Aidilfitri semata-mata tetapi pihak FGV bersama Mingguan Wanita bersama-sama mengadakan rewang kenduri raya pada awal pagi lagi. Ia menjadikan acara ini bagaikan layanan VIP untuk anak-anak yatim dan asnaf di sini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Abdul Razak Aya dan Ketua Pertanian Bersepadu FGV Komersial, Azti Dian Fitriyanti Azmi.

Penyerahan sumbangan Nu Ideaktiv kepada wakil Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi (tengah).
Penyerahan sumbangan Nu Ideaktiv kepada wakil Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi (tengah).

Abdul Razak berkata, majlis itu menjadi lebih bermakna apabila anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan dengan menggunakan produk makanan keluaran FGV di bawah jenama Ladang’57 seperti pisang cavendish, nenas MD2, beras wangi, ayam kampung dan jus buah-buahan.

“Semua produk premium eksklusif ini istimewa buat anak-anak ini.

“Sepanjang majlis ini juga, mereka diberikan peluang membuat persembahan nasyid selain mendengar perkongsian kisah teladan oleh Hana Ismail,” jelasnya.

Terdahulu, sebelum majlis ini diadakan, pihak Mingguan Wanita turut melancarkan Tabung Skuad Sedekah bersama FGV sejak 15 April lalu dan sumbangan tetap dibuka dan diteruskan kepada sesiapa yang ingin menyumbang.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun: Ambank: 8881-0332-4721-4 (Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi).