Daun pandan cegah kelemumur

Daun bersama air pandan.
Daun bersama air pandan.
A
A
A

DAUN pandan antara tumbuhan popular yang digunakan dalam masakan.

Ia bukan sahaja memberikan aroma yang enak untuk masakan, bahkan banyak khasiatnya yang ramai tidak tahu.

Selain bagus untuk kesihatan, ia sebenarnya mampu mencegah kepala anda daripada berkelemumur.

Jadi bagaimana caranya?

Cukup mudah, hanya kisar 10 helai daun pandan yang segar bersama 100ml air. Kemudian lumur pada kulit kepala anda dan urut.

Jangan lupa balut kepala anda dengan tuala selama 30 minit.

Akhir sekali, basuh kepala anda dengan air atau syampu. Anda akan rasai sendiri kesegarannya.

Tetapi ingat, buat secara konsisten. Insya-ALLAH kelemumur tidak akan mengganggu kepala anda.

#Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan: