Gintell lancar aplikasi Rest N Go

A
A

SEJAJAR membentuk inisiatif digitalisasi sektor peruncitan bagi negara serantau, Gintell (M) Sdn Bhd telah melancarkan aplikasi pintar Rest N Go secara rasmi di Le Meridien Kuala Lumpur.

Pelancaran itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan Gintell, Datuk Goh Cheh Yak, Presiden MRCA, Datuk Seri Garry Chua, Presiden ARFF, Datuk Dr Jayles Yeoh, Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong, Pengarah Gaya Hidup dan Sains Hayat Matrade, Abu Bakar Yusof dan Pengerusi PIKOM, Chin Chee Seong.

Pelancaran itu bertujuan memanfaatkan kemajuan teknologi dengan meneroka sistem E-wallet di mana, pengguna stesen Rest N Go kini dapat memuat turun aplikasi dan menggunakan transaksi tanpa tunai di seluruh negara. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menikmati servis urutan dengan kaedah pembayaran yang cepat dan mudah melalui kad kredit, kad debit, perbankan internet dan lain-lain.

Sejajar dengan objektif, aplikasi Rest N Go yang baharu ini akan memperkayakan pelanggan dengan menyesuaikan inovasi teknologi terkini. Pengguna boleh menikmati 8,000 unit kerusi urut di pelbagai lokasi termasuk pusat membeli-belah, pasar raya besar, lapangan terbang, terminal bas dan pawagam di seluruh Asia Tenggara.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia