Gintell lancar siri kerusi urut S6 Plus

Datuk Jalaluddin Hassan (tengah) mencuba kerusi urut Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Datuk Jalaluddin Hassan (tengah) mencuba kerusi urut Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PEMBEKAL produk penjagaan kesihatan Gintell melancarkan kerusi urut siri Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair yang berupaya memberi kelegaan otot.

Dutanya, Datuk Jalaluddin Hassan berkata, dengan teknologi dan inovasi kecerdasan buatan (AI) mampu meningkatkan kecergasan tubuh badan secara menyeluruh.

Menurut beliau, kerusi urut khas itu turut mempunyai fungsi Bio Senses yang berupaya mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung, nadi, oksigen darah, dan indeks kelesuan badan.

"Saya sentiasa berasa bertenaga dan bersemangat selepas menggunakan kerusi urut Gintell S6 plus untuk berehat selepas penat bekerja.

"Terdapat dua fungsi iaitu urutan di bahagian bahu dan leher, manakala di bahagian bawah termasuk pinggang dan punggung mampu melegakan otot.

"Produk Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair agak berbeza kerana ia direka khas dengan program AI Fatigue Bio Scan untuk membantu mengurangkan tekanan otot seperti diurut dengan tangan," katanya semasa majlis pelancaran kerusi urut Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair pada Sabtu.

Duta jenama Gintell, Datuk Jalaluddin Hassan (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran kerusi urut Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair di IOI City Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Duta jenama Gintell, Datuk Jalaluddin Hassan (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran kerusi urut Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair di IOI City Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Dalam majlis pelancaran tersebut, Gintell turut menawarkan promosi khas dan tawaran hanya sah untuk masa terhad pada harga RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988 bagi produk berkenaan

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, produk tersebut sesuai untuk digunakan kepada semua golongan terutama warga emas yang ingin menjaga kesihatan mereka.

Jelasnya, antara tetapan program yang beliau gemar adalah Thai Stretch 230 darjah yang memberikan regangan ke seluruh badan untuk melonggarkan ketegangan otot.

Kerusi Urut Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair terbaru.
Kerusi Urut Gintell S6 Plus 8-Hands Wellness Chair terbaru.

“Program ini secara tidak langsung dapat membantu anda membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan dan meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi.

“Saya sering melakukan yoga di rumah dan kita perlu berhati-hati kerana faktor umur, tetapi dengan kerusi urut keluaran Gintell ini boleh boleh membetulkan semula postur badan menjadi lebih baik,” katanya.