Polis tahan suspek pecah masuk asrama perempuan

2
2
A
A
A

ALOR GAJAH - Tindakan pantas anggota polis bantuan di sebuah universiti awam di daerah ini berjaya menahan seorang bekas banduan yang melakukan kes pecah masuk asrama pelajar perempuan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi, lelaki berusia 23 tahun itu menceroboh masuk ke sebuah bilik asrama pelajar dengan menggunakan kad keras, sebelum melarikan sebuah beg dan 'drawing tablet' jenis Huion.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Abd Rahman berkata, mangsa yang menyedari barangnya telah dicuri terus melaporkan perkara itu kepada polis bantuan sebelum anggota berkenaan mengejar suspek yang cuba melarikan diri ke arah kolam.

Suspek kemudian cuba bersembunyi dalam tandas namun berjaya ditahan bersama barangan mangsa dan dibawa ke balai polis berdekatan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, tadi.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah, Asistan Superitenden, Nik Ab Halim Nik Mat.

123
123

Jelas Ahmad Mazlan, penahanan suspek itu sekaligus berjaya menyelesaikan kes pecah masuk asrama dalam tempoh lapan bulan yang dipercayai dilakukan indivdiu sama.

Hasil siasatan awal mendapati barangan yang dicuri dijual kepada tokan dadah di Krubong bagi mendapatkan bekalan dadah untuk kegunaan sendiri.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Kita juga mendapati suspek pernah bekerja sebagai kontraktor lanskap universiti berkenaan dan mempunyai empat rekod jenayah membabitkan memiliki barang curi dan dadah.

"Kita menyarankan pihak pengurusan universiti itu agar membaiki segera pagar belakang yang menjadi tempat suspek masuk dan keluar demi keselamatan pelajar," katanya.