X

Kindly register in order to view this article
!

Ular sawa dalam reban ayam

Anggota APM menangkap ular sawa yang ditemui dalam reban ayam di Kampung Tempoyak Merbok baru-baru ini.
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penduduk kampung terkejut apabila menemui seekor ular sawa dalam reban ayamnya di Kampung Tempoyak, Merbok baru-baru ini.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten PA Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang Jumaat lalu dan menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota APM berjaya menangkap ular sawa seberat kira-kira empat kilogram dan sepanjang tiga meter panjang.

"Anggota APM tiba di lokasi pada jam 6.49 petang dan mengambil masa kira-kira 11 minit untuk menangkap ular sawa terbabit

"Ular itu kemudiannya dibawa pulang dan diletakkan di Rumah Haiwan untuk tindakan lanjut," katanya.

Azahar berkata, operasi itu diketuai Leftenan Muda (PA) Hasrul Mohd Heary Halim bersama empat anggota APM.

Dalam pada itu, Azahar turut menasihati orang awam agar tidak bertindak sendiri selain melaporkan kepada pihak berkaitan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!