Tujuh pekerja kedai runcit terselamat

Tindakan pantas bomba berjaya menghalang api dari terus merebak.
Tindakan pantas bomba berjaya menghalang api dari terus merebak.
A
A
A

KUANTAN - "Rasa panas dan membahang menyebabkan kami segera lari menyelamatkan diri," kata Faizal Kamarudin, 29, salah seorang daripada tujuh pekerja kedai runcit yang terselamat dalam musibah kebakaran di Jalan Mahkota, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi, tiga buah kedai termasuk kedai runcit, kedai kain dan kedai yang sudah dikosongkan musnah.

Sewaktu kejadian, kesemua tujuh mangsa sedang tidur di tingkat atas kedai runcit berkenaan.

Faizal berkata, kebakaran berlaku secara tiba-tiba sahaja dan mereka bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri.

"Ketika sedang tidur, tiba-tiba rasa membahang dan panas.

"Kami terus keluar melalui tangga dan pintu belakang serta berjaya menyelamatkan diri.

"Kami lari keluar walaupun ketika itu tidak tahu apa yang berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan
Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan

Manakala, pemilik kedai kain, Jameel Sayed Sultan, 41, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan kedainya terbakar dan bergegas ke lokasi.

“Masih banyak stok kain selepas raya dan semuanya tidak sempat diselamatkan.

"Jumlah kerugian agak besar tetapi belum diketahui berapa nilainya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada kedai runcit sebelum merebak ke bangunan lain di sebelah kiri dan kanan.

Pekerja yang tidur di bahagian atas sempat menyelamatkan diri.
Pekerja yang tidur di bahagian atas sempat menyelamatkan diri.

"Seramai tiga pegawai kanan dan 16 anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

"Tiba buah jentera digunakan dan api dapat dikawal pada jam 1.59 pagi.

"Api dapat dipadam pada jam 2.30 pagi operasi ditamatkan pada jam 4.50 pagi," katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku walaupun ketika kejadian terdapat tujuh pekerja dipercayai warga asing berada di tingkat atas.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

"Pihak 'fire investigation officer' (FIO) dari bahagian penyiasatan kebakaran telah dipanggil untuk siasatan lanjut mengenai punca kebakaran.

"Kebakaran kedai runcit membabitkan kemusnahan 60 peratus, manakala dua buah lagi di bawah 40 peratus," katanya.

Jumlah kerugian dialami peniaga agak besar melebihi ribuan ringgit.
Jumlah kerugian dialami peniaga agak besar melebihi ribuan ringgit.