#GoAduan platform salurkan masalah

Saluran #GoAduan dilancarkan baru-baru ini bagi tujuan penyaluran aduan.
Saluran #GoAduan dilancarkan baru-baru ini bagi tujuan penyaluran aduan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Program #GoAduan dijadikan platform menyalurkan maklumat sebelum dipanjangkan kepada pihak berkaitan untuk memudahkan rakyat.

Ketua Pemuda MIC Kedah, J Jeevabalan berkata, ia merupakan satu inisiatif bagi menyalurkan masalah orang ramai melalui #GoAduan.

Menurutnya, permasalahan yang diperolehi akan dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

"MIC prihatin dalam menangani isu tempatan melibatkan masyarakat yang mungkin mengambil masa agak lama untuk diselesaikan sebelum ini.

“Kita berharap dengan adanya platform ini, aduan daripada masyarakat dapat diselesaikan secara efisyen," katanya.

Dalam masa sama, katanya, medium berkenaan sudah pasti memberi kelegaan kepada rakyat apabila ada sesetengah mereka tidak tahu mahu menyalurkan aduan berkenaan kepada siapa.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai aduan boleh mengemukakannya melalui emel Goaduan.pmk@gmail.com atau melalui WhatsApp di nombor 0135988090.

Artikel Berkaitan: