Ibu saudara rayu bantuan tampung kos bayaran hospital

Lee Chin (kanan) pada sidang media berkenaan.
Lee Chin (kanan) pada sidang media berkenaan.
A
A
A

IPOH - “Kami perlukan bantuan anda,” demikian rayuan Ooi Lee Chin, ibu saudara kepada Liew Chung Hang, 18, yang kini kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Singapura (NUH) kerana demam.

Menurut Lee Chin, Chung Hang dimasukkan ke hospital pada 2 Jun lalu, dan kini sedang menerima rawatan intensif di ICU hospital berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan, kos rawatan Chung Hang secara keseluruhannya melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak SGD61,084.50 (RM187,000).

“Anak saudara saya, Chung Hang datang untuk mencari kerja di Singapura dan menetap di rumah saya.

“Bagaimanapun, dia terpaksa dimasukkan ke hospital pada 2 Jun lalu setelah diserang demam.

“Dia (Chung Hang) kini menerima rawatan intensif di ICU hospital berkenaan dan saya difahamkan, kos rawatan secara keseluruhannya berjumlah SGD61,084.50 (RM187,000),” katanya Wisma Harapan, hari ini.

Chung Hang yang terlantar di ICU hospital berkenaan.
Chung Hang yang terlantar di ICU hospital berkenaan.

Tambah Lee Chin, selama berada di hospital berkenaan sejak 2 Jun lalu, Chung Hang telah menerima beberapa bentuk rawatan termasuk pembedahan.

Artikel Berkaitan:

Justeru Lee Chin berkata, pihaknya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai bagi membiayai kos rawatan berkenaan.

“Ibu Chung Hang bekerja sebagai pengasuh dengan pendapatan RM1,200 sebulan dan sudah tentulah jumlah ini tidak mencukupi.

“Oleh itu kami merayu bantuan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu menjelaskan bayaran bil rawatan hospital berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 1082 8910 8705 atas nama Chin Li Mei.

Orang ramai juga boleh menghubungi Liew Seen Woon di talian 016-5688043 untuk maklumatlanjut.

Pada sidang media berkenaan, Pusat Khidmat Dun Canning diwakili ADUN Canning, Jenny Choy menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,000 dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM1,000.