Zuraida hormati keputusan setiausaha akhbar letak jawatan

Zuraida
Zuraida
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menghormati keputusan Ahmad Soffian Mohd Shariff yang meletak jawatan sebagai setiausaha akhbarnya hari ini.

Zuraida berkata, beliau baharu sahaja menerima satu notis perletakan jawatan itu melalui aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.

"Ahmad Soffian merupakan seorang kakitangan yang berdedikasi dan sering memberi komitmen tinggi terhadap tugasan beliau. Walau bagaimanapun, secara prinsipnya saya menghormati keputusan yang diambil beliau.

"Namun memandangkan pada waktu ini saya masih berada di luar negara atas beberapa urusan, perkara ini akan diperhalusi sekembalinya saya ke tanah air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Soffian merupakan suami kepada peguam Syazlin Mansor yang dilantik untuk mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Artikel Berkaitan: