Suspek miliki lapan rekod dadah ditahan curi motosikal

Motosikal Honda EX5 yang dirampas bersama suspek yang ditahan di kawasan Jalan Persiaran Surian, Pelangi Damansara, di sini, kelmarin.
Motosikal Honda EX5 yang dirampas bersama suspek yang ditahan di kawasan Jalan Persiaran Surian, Pelangi Damansara, di sini, kelmarin.
A
A
A

PETALING JAYA - Bukan setakat memiliki rekod lampau berkaitan dadah, seorang lelaki turut ditahan kerana terlibat mencuri sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Jalan Persiaran Surian, Pelangi Damansara, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, gerak-geri suspek yang mencurigakan menyebabkan polis yang bertugas menahannya untuk pemeriksaan lanjut pada jam 11.40 pagi.

"Setelah kita periksa dapati nombor pendaftaran serta nombor enjin motosikal Honda EX5 ditunggang suspek didapati masih dilaporkan hilang di Linggi, Negeri Sembilan.

"Semakan lanjut, dapati dia juga mempunyai lapan rekod lampau berkaitan dadah dan sudah dihukum," katanya kepada Sinar Harian.

Ku Mashariman berkata, suspek dan motosikal dibawa ke Balai Polis Damansara untuk siasatan lanjut, sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, kes diserahkan kepada Negeri Sembilan berikutan kejadian curi motosikal membabitkan kes di negeri itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: