PPKL menang bergaya di Bola Raya 2019

Syed Faizuddin bersama Lailatul Shahreen Akashah Khalil bergambar bersama peserta perlawanan bolasepak Bola Raya 2019, di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra UiTM Cawangan Perlis di sini, semalam.
Syed Faizuddin bersama Lailatul Shahreen Akashah Khalil bergambar bersama peserta perlawanan bolasepak Bola Raya 2019, di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra UiTM Cawangan Perlis di sini, semalam.
A
A
A

ARAU - Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) menundukkan pasukan ‘Pilihan Veteran Perlis’ dalam perlawanan bolasepak Bola Raya 2019 dengan keputusan 7-3 pada malam semalam.

Perlawanan tahunan dianjurkan sejak 1993 itu lagi dibuat sempena hari raya Aidilfitri oleh Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) dan pada kali ini sekali lagi dilangsungkan di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra UiTM Cawangan Perlis di Arau.

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian piala dan juga medal iringan kepada kedua-dua pasukan.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh kepimpinan PPKL terdiri daripada Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman (Yang DiPertua), Datuk Azmi Talib (Timbalan Yang DiPertua) dan Anuar Zaki Bakar (Setiausaha).

Turut hadir ialah Rektor UiTM Perlis, Zailuddin Ariffin.

Di akhir perlawanan, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang merupakan pencetus idea dan inisiatif penganjuran perlawanan ini 26 tahun yang lalu ketika baginda turut terlibat secara aktif di ibunegara sebagai ahli jawatankuasa PPKL pada ketika itu menitahkan bahawa perlawanan ini yang diadakan saban tahun bertujuan bagi terus merapatkan lagi silatulrahim dengan semangat kesukanan dalam kalangan anak-anak Perlis diperantauan yang pulang berhari raya Aidilfitri di Perlis.

Gol-gol bagi pasukan PPKL dijaringkan oleh Yusri Che Lah (3), Norzaman Othman, Yuzaidi Rejab, Raja Aiman Ariff Raja Azwane dan Roslee Md Derus. Sementara itu, Roslin Abd Rahman, Sobri Johar dan Suhairi Karim pula membalas bagi pihak pasukan Pilihan Veteran Perlis. Pada perlawanan tahun lepas, pasukan Pilihan Veteran Perlis menang 3-1.

Artikel Berkaitan:

Bagi anak-anak Perlis yang kini bermastautin di Lembah Kelang diajak beramai-ramai menyertai PPKL Sebagai ahli dan bolehlah menghubungi nombor telefon 03-42570726 / 013-3607868 atau emel ppkl2008@gmail.com.