Ros Putih tanda perpaduan dengan orang Islam

Ros putih itu diserahkan kepada orang Islam pada 1 Syawal lalu.
Ros putih itu diserahkan kepada orang Islam pada 1 Syawal lalu.
A
A
A

YANGON - Sekumpulan penganut Buddha di Myanmar menyerahkan ros putih kepada penduduk Islam pada pagi 1 Syawal sebagai tanda solidariti dengan etnik minoriti yang sering ditindas di negara itu.

Kumpulan sukarelawan tersebut menunggu di luar Masjid Dargah di timur Yangon untuk menzahirkan perpaduan mereka dengan orang Islam beberapa minggu selepas kumpulan pelampau mencetuskan kekecohan berikutan mereka bertindak biadab cuba menghentikan solat tarawih.

Difahamkan, kempen ros putih itu telah bermula sejak tiga minggu lalu selepas insiden menggemparkan tersebut.

Kumpulan terdiri daripada 100 sukarelawan itu juga telah menyerahkan kira-kira 15,000 bunga ros putih kepada orang Islam di 23 lokasi berbeza di seluruh negara sepanjang Ramadan.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Thet Swe Win ros putih itu adalah amaran kepada ekstremis bahawa mereka menolak sentimen perkauman dan pandangan tidak adil terhadap orang Islam.

Sementara itu, Setiausaha Bersama Majlis Hal Ehwal Agama Islam Myanmar, Wunna Shwe berkata, kempen ros putih itu sangat membantu etnik minoriti Islam di negara itu selepas hak mereka terus ditindas sejak beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini, orang Islam dan penganut Buddha hidup seperti keluarga. Masalah ini tercetus kerana sentimen politik,” ujarnya. - AFP

Artikel Berkaitan: