Merusuh di pusat hiburan, sembilan lelaki ditahan

Dari kiri:Ahmad Dzaffir. Rakaman kes merusuh di sebuah pusat hiburan di Cheras Selatan tular di laman sosial.
Dari kiri:Ahmad Dzaffir. Rakaman kes merusuh di sebuah pusat hiburan di Cheras Selatan tular di laman sosial.
A
A
A

KAJANG – Sembilan lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merusuh di sebuah pusat hiburan di Cheras Selatan, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, bertindak atas maklumat polis menahan individu berkenaan di sekitar Kajang.

“Kejadian yang berlaku jam 3.27 pagi itu dipercayai berpunca daripada insiden terlanggar bahu di dalam pub tersebut, kemudiannya berlaku pergaduhan di mana salah seorang daripada mereka bertindak membaling kerusi terhadap mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahmad Dzaffir berkata, salah seorang daripada kumpulan tersebut menghubungi rakan-rakannya sebelum kira-kira 20 individu tiba dan menyerang mangsa.

“Akibat kejadian itu, salah seorang mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang dan kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan dalaman,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian diminta tampil beri keterangan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Kunalan di talian 014-6124325.

"Kes disiasat disiasat mengikut seksyen 148/326 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan cedera," katanya.

Artikel Berkaitan: